hari ni, di laman muka buku, banyak sangat kata-kata motivasi dari Prof Muhaya... jom sama-sama baca
Bila kita bina ketenangan dalam jiwa kita akan dapat ketenangan dalam hasil kehidupan kita. APa didalam didunia dalam itulah dalam dunia luar kita
sayangi tubuh kita dan jaga kesihatan denagn memilih minuman dan makanan dan hentikan merokok bagi perokok tegar.
Semoga hari ini kita menjalani perjalanan rohani yang sihat dan tentukan segala aktiviti untuk bekalan hidup di dunia dan akhirat
BUat pilihan baik setiap saat dan tanya iman setiap saat. cari ilmu.
Dengar suara hati kita yang baik dan sentiasa jaga akidah , ibadah dan akhlak kita
Fikiran kita yang memberi makna pada semua perkara yang berlaku. Pilih makna positif atas setiap suasana dan lihat apa kita boleh belajar
Cintai diri dan Allah dan manusia lain, Hidup akan menjadi indah
segala fikiran emosi dan perbuatan kita adalah cermin dunia dalaman kita yg akan menentukan hasil kehidupan kita
Hari ini hari baru dan niat untuk guna setiap saat menghargai diri kita , orang lain dan niat untuk memberi manafaat
JIka ada masaalah katakan dari suasana ini sesuatu baik akan berlaku dan yakin pada Allah. semua pengalaman pahit atau manis adalah cara untuk kita belajar
sesiapa yang tidak dapat melupakan peristiwa negatif telah dipenjara oleh minda negatif dan mulalah kehidupan penuh tekanan. kita yang buat pilihan dgn iman dan ingatkan kematian. ingat Allah sentiasa akan hilang segala memori negatif.
Hidup dgn penuh kasih sayang pada diri sendiri dn insyaAllah kita akan hidup dengan penuh kasih sayang mengelilingi kita.
Sentiasa renung dan refleksi diri dan hentikan melihat orang lain tapi betulkan diri sehingga tidak ada masa mencuba membetulkan orang lain kerana kita hanya boleh mengubah diri kita dan menjadi contoh yang baik
MAsa depan kita ditentukan oleh apa kita fikir sekarang dgn izin Allah. Jika negatif tentu negatif masa depan. jika positif insyaAllah positif masa depan. BUat pillihan saat ini dan sangka baik pada Allah dan manusia lain
Hari ini katakan saya mahukan ketenangan dan kebaikan dalam setiap suasana. Jangan biarkan orang lain atau suasana mempengaruhi emosi kita. pilih emosi positif supaya kita mejadi magnet kepada perkara yang baik dan rahmat Allah. Buang semua emosi negatif terhadap diri dan orang lain:) okay, be positive!
No comments:
Post a Comment