Cuti musim panas hampir melabuhkan tirai dan musim pengajian hampir membuka tirainya.. 2 bulan percutian terasa singkat. masa belalu sangat pantas. detik berganti saat, saat berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari, minggu, bulan.. akhirnya masanya sudah smpai. masa untuk meneruskan perjuangan sudah sampai.
Percutian musim panas kali ini adalah yg paling bermakna. sangat bermakna. alhamdulillah. terima kasih ya Allah kerana atas segala nikmat yg diberi. alhamdulillah. kalau ada yg bertanya, apakah saat2 yg terindah di dalam hidup? terasa ingin shja katakan bhwa setiap detik dlm hidup ini ialah yg terindah. diberi nikmat oleh Allah untuk hidup, diberi nikmat islam, nikmat iman. diberi nikmat kesihatan, nikmat pendengaran, nikmat penglihatan. diberi kekuatan lg untuk berjalan. diberi nikmat akal fikiran. segalanya rasa indah. indahnya saat terfikirkan tentang kejadian alam. di kala melihat burung berterbangan, ombak yang menghempas pantai, angin yg bertiup sepoi2, pokok yg membesar, kucing yg berkejaran, satu rasa datang dlm hati ini bila melihat semua kebesaran Allah. rasa itu menyusup ke dalam sanubari. Alhamdulillah.
masih lagi teringat suatu tika. dalam perjalanan menuju ke suatu tempat, jantung berdegup kencang, rasa sungguh berdebar, rasa takut gembira bercampur baur. tatkala bangunan yg indah itu di hadapan mata, tidak pututs2 hati ni memuji segala kebesaranNya. Alhamdulillah. terima kasih ya Allah kerana sudi menerima kai semua sebagai tetamuMu di bulan ramadan yg mulia. sungguh, hanya Allah yg tahu apa perasaan kami semua tatkala melihat Kaabah di depan mata. bercucuran air mata. ya Allah, aku rindu akan perasaan itu. sungguh, rindu. rindu akan semuanya. rindu untuk tawaf, rindu untuk saie, bertahallul, iktikaf, duduk di tangga tgk org tawaf smbil tgk kaabah. masih terbayang lg suasana itu. suasananya sgt tenang, damai hati ini bila melihat rumah Allah.
masih lagi teringat di suatu tika. perlahan2 daku menghayunkan langkah. langkah demi langkah. smpai akhirnya ketemu juga dgn insan yg dirindui. rasa sebak bertandang lagi. kusalam tangan yg semakin menginjak usia, kucium tangannnya, kupeluk dirinya. kutahan kelopak mataku yg sedang bergenang. sungguh, rindu. rindu akn insan yg bergelar emak dan ayah. walapun skrg berada di rumah dan mereka menjalankan tanggungjwab mereka kepada anak2 murid di sekolah, namun, rindu itu bertandang lagi. mungkin kerana mengenangkan saat2 berpisah nanti. dua insan yg menyayangi anak2 mereka dgn tulus, ikhlas tanpa mengharapkn apa2 balasan. mampukah aku menjadi seperti ibuku yg tidak berkira dgn segalanya kpd anak2nya. mampukah aku menjadi kuat dan tabah seperti ayahku yg xhenti2 mengajar anaknya mengaji, yg menyediakan segala kemudahan2di rumah, yg membersihkan halaman rumah walaupun keseorangan. aku ingin menjadi seperti ibuku yang penuh kasih syang walaupun tidak ditunjukkan. aku ingin menjadi seperti ayah. tidak bergantung harap kpd org lain, tidak menyusahkan org lain. aku juga berharap bakal suamiku atau bakal suami kakak2ku dapat menjadi sahabat kepada ayah. dapat menjadi teman untuk berbual, dapat menjadi teman untuk berkebun, dapat menjadi teman untuk mencantas pokok, dapat menjadi bilal di rumah kami, dapat menyayangi ayah ibuku seperti mana mereka meyayangi kedua ibubapanya. dapat menerima keluargaku dengan seadanya. kerana aku tahu, ayah sunyi. ayah seorang yg pendiam. dan mungkin ini menyebabkn anak2nya pun pendiam. kami di rumah, kurang bergelak ketawa bergura senda. namun aku bersyukur kerana dibesarkan dgn cara begini. dididik oleh ayah dan emak dgn kesederhanaan. dididik dgn byk larangan. alhamdulillah. untuk bakal isteri adik2ku, aku sgt berharap mereka dapat menjadi sahabat kepada ibuku. menghormati ibuku sepertimana mereka hormat dan syang pd kedua ibubapa mereka. menerima segala kekurangan ibuku. menyenagkan hati ibu. hati2 memilih isteri adik2ku muhammad afif, muhammad adib dan muhammad afham. walaupun kalian masih jauh lg perjalanannya. ingtlah, ibubapa hanya ada satu sahaja. tidak boleh ditukar ganti. jgn seskali lupakan jasa mereka. yg bersusah payah memberikan kesenangan kpd kita.
tahniah buat sahabat2 yang mendirikan rumah tangga. barakallahulakuma wabaraka 'alaikuma wajam'a bainakuma bilkhair..
selepas ini, perjuangan bermula. 2hb10, pengajian sudah bermula. terima kasih ya Allah atas segala nikmat yg diberikan. atas segala perasaan yg dihadirkan. kepada kawan2 yg berjaya naik tahun, tahniah diucapkan. kepada yang tidak boleh naik tahun, berterima kasihlah juga kpd Allah. redhalah dgn sgla ketetepan Allah. Allah adalah sebaik2 perancang. yakinlah dgn Allah. bersandarlah harap kpd Allah. berusahalah lagi, jgn putus asa. insyaAllah kejayaan itu akan menjadi milikmu jua.
maaf entry yg mungkin tidak bermakna untuk kalian, tapi sgt bermakna untuk saya. sampai di sini sahaja.wslm.
No comments:
Post a Comment