Wednesday, 6 June 2012

himpunan doa mahasiswa/wi

p/s:
1. esok exam cardiothoracic.. doakan... next week masuk vascular surgery dah..
2. 36 days left for final exam.. Allahu musta3an..
3. hari ni 6/6/2012, lahir lagi seorang mujahid yang berat 3kg.. mabrouk ukhti pip dan zauj.. (gembira sebab bertambah lg baby alex.. Alhamdulillah, Allah mudahkn urusan2 mereka.. )

Saturday, 2 June 2012

10 muwasofat tarbiyah



.....Berikut merupakan 10 Muwasofat Tarbiyah (Sifat-sifat yang lahir daripada Tarbiyah Islam)..
Sudahkah kita memiliki peribadi sedemikian?

~AQIDAH yang sejahtera.


إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُوْلَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar." [49:15] 


~IBADAH yang benar.


وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً 


"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawaban." [17:36]



~AKHLAQ yang mantap.



لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيراً

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang-orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." [33:21]


~Luas PENGETAHUAN.

Sabda Rasulullah SAW; “Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu pengetahuan, Allah permudahkan baginya jalan menuju Syurga.” [Jami’ Al-Tirmizi]



~Sangat menjaga MASA.


وَالْعَصْرِ إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan  menasihati dengan kesabaran." [103:1-3]


~Mampu BERDIKARI.

 Sabda Rasulullah SAW; “Orang yang bijaksana ialah orang yang sentiasa menghisab dirinya dan bekerja untuk kehidupan selepas matinya.” [Jami’ Al-Tirmizi]


~MELAWAN Nafsu.


أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَى عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَى سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَى بَصَرِهِ غِشَاوَةً فَمَن يَهْدِيهِ مِن بَعْدِ اللَّهِ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ

"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?" [45:23]


~TERSUSUN dalam urusan.
Sabda Rasulullah SAW; “Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang kamu melakukan sesuatu pekerjaan, dia lakukan dengan cermat dan sempurna.” [Al-Tabraniy]


~SIHAT tubuh badan.

Sabda Rasulullah SAW; "Mukmin yang kuat lebih dicintai Allah berbanding mukmin yang lemah,dan masing-masing memiliki kebaikan"
(Riwayat Muslim)


~BERMANFAAT pada orang lain.

Sabda Rasulullah SAW; “Orang yang paling disukai oleh Allah ialah mereka
yang banyak memberi manfaat kepada orang lain.”
[Al-Tabraniy]


nota kaki: Allah, permudahkanlah... thabbit qulubi 'ala deenik wa 'ala to3atik..

nota kaki 2: better late than never.. it's not how good you are but it is how good u want to be.. 

Tuesday, 29 May 2012

I wish that everyone could see


I LOVE YOU SO

I pray to God
With my heart, soul and body
Every single day of my life
With every breath I solemnly promise
To try to live my life for you
O Allah, you did revive my soul
And shone Your light into my heart
So pleasing you is now my only goal
Oh I love you so
I love you so

Chorus:
Now I know how it’s like
To have Your precious love in my life
Now I know how it feels
To finally be at peace inside
I wish that everyone could see
How Your love has set me free
Set me free and made me strong

O Allah, I’m forever grateful to You
Whatever I say could never be enough
You gave me strength to overcome my uncertainties
And stand firm against all the odds
You are the One who did revive my soul
You shone Your light into my heart
So pleasing you is now my only goal
Oh I love you so
I love you so

CHORUS
My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers – all for you [X2]
And I swear that I will never put anyone
Or anything before You
My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers – all for you

CHORUS

p/s: Allah, don't let me go away from you, don't let me choose this dunya over hereafter which is infinity... 


Monday, 26 March 2012

sejuk mata memandang..


Bismillah... Assalamualaikum wbt..

sejuk hati tatkala melihat gambar ini dlm fb yang dipost oleh iluvislam.. masyaAllah.. sangat hebat didikan ibubapa kepada kanak2 ini.. terfikir sejenak.. semestinya untuk menghasilkan anak2 yg begini memerlukan ibu bapa yang hebat.. diri sendiri tertanya, mampukah nanti pabila mendirikan rumahtangga, mampukah untuk mendidik anak2 menjadi khalifah Allah yang betul2 tahu tujuan hidup, yang kenal siapa itu Allah, yg dapat berbakti untuk agama Allah ini..

walaupun masih jauh lagi perjalanan ke arah itu, namun boleh bermula dari sekarang.. bermula dengan menjadikan diri sendiri mengenal siapa itu pencipta, tujuan dihidupkan di muka bumi ini..

p/s: sy tidak pandai berkata2.. semoga Allah berikan kekuatan dan kemahiran dalam berkata-kata dalam perkara yg Allah redhai..

Sunday, 15 January 2012

rindukan ketenangan itu...

بسم الله الرحمن الرحيم
dengan nama Allah, memulakan kalam.. semoga kalam ini dirahmati dan diberkati Allah...

teringat lagi, tatkala kaki mula menuju ke rumah itu, hati ini berdegup kencang, berdebar, takut akan penerimaan pemiliknya dalam menerima diri yang sangat hina ini, yang tak terkira banyaknya dosa yang telah dibuat.. diri ini tidak putus2 berdoa..

tatkala pertama kali melihat rumah itu, Allah.. mata terasa kabur.. air mata tanpa segan silu terus mengalir.. rasa sgt bersyukur kerana Dia menerima diri ini.. diri yg xsempurna imannya.. sungguh, diri ini rindu.. rindu akan perasaan itu.. rindu akan situasi itu.. rindu untuk ke situ lg..

teringat lg.. tatkala tawaf, kesyukuran tak terhingga diucapkan... kerana Allah sudi menjadikn diri ini sbg tetamuNya.. Allah.. tatkala itu juga, teringat akan perjuangan Rasulullah saw dan para sahabat demi menegakkan agama yg tercinta.. kaki ini dapat berpijak di tempat yg sama Rasulullah dan para sahabat berpijak dahulu.. perasaan itu, sukar untuk diungkapkan.. terasa Allah dan Rasulullah itu dekat sgt dgn diri ini.. Allah..

teringat lagi, tatkala diri ini bersujud di depan KaabahMu, menghamburkan semua rasa hati, hati ini tenang.. tenang.. ketenangan yg xpernah diri ini dapat.. hanya dengan melihat rumahMu Allah, hati ini terasa bahagia.. menjadi tetamu walaupun untuk sekejap shj..

teringat lagi tatkala membuat tawaf yg terakhir sblm meninggalkan tanah Mekah, diri ini dilanda kesayuan dan kesedihan yang teramat.. air mata mengalir tanpa henti.. berdoa supaya itu bukanlah tawaf yg terakhir sblm menutup mata..

Allah.. diri ini rindu..

Saturday, 17 September 2011

Mana Satu Pilihan Hati

Assalamualaikum wbt.. artikel yg dicopy dari link.

**artikel dari seorang perempuan

Saya bertanya kepada emak, "mak mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?"

Mak jawab, "dua-dua bukan.."
Saya tercengang. Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." saya menarik nafas dalam-dalam.

"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.

"Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.." mak menyusun ayat-ayatnya.

"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."

Mak menyambung, "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.."

Mak menyambung lagi, "Begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini..

Mak menyambung, "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi. Persoalannya ialah.. siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.

Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

"Mak dulu masa muda ada secret admire. Rajin betul dia hantar surat. Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal. Mak nak belajar sungguh-sungguh. Lama budak tu tunggu mak.

Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu," Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak.


Emak ketawa kecil.
"Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain. Mak, seperti kakak.."

Mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Dulu bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji. Sebab zaman tu hujung 70-an dan awal 80-an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya.

Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.." emak melemparkan pandangan ke lantai.

"Selepas itu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.."

sambung emak.
Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.

Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak?

Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.."

mak menelan air liurnya.
Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.
"Jatuh cinta perkara biasa.

Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni.

Tetapi kita kena ingat. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.

Bercouple mungkin. Tetapi bukan berkahwin. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.

Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak.
Emak meneruskan, "Allah itu Maha Adil. Dia tak pernah menzalimi hamba-Nya. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hamba-Nya ialah diri hamba tu sendiri.

Sebabnya hamba itu degil.

Dia mahukan yang bukan haknya dan yang bukan milik dia.

Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia.

Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.

Cuba renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya.

Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.

Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.

Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.

Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya,"

emak berhenti seketika.

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.

"Jadi di sini mak nak kamu faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.

Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.

Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju.

Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.

Kita beritahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia.

Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak ayah adalah kerana mencintai Allah.

Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata."

"Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya.

Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita.

Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta.

Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah.

Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia.

Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.

Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti."

"Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kamu, terimalah dengan hati yang redha.

Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci.

Kalau yang kamu sayang, tak jadi hal lah. Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing.

Dan mungkin kamu ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kamu sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.

Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kamu sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kamu..

Alangkah bertuahnya kamu kalau kamu mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur,"

sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.

"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.

Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara," emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.