Sunday, 16 September 2012

Menyesal berkahwin bila...



Perkahwinan.. Ia merupakan salah satu topik hangat diperbincangkan di kalangan rakan2 selain drpd topik alam pekerjaan yg bakal ditempuhi nanti.. Ada yg sudah berkahwin, ada jg yg tgh buat persiapan berkahwin, dan ada jg yg ingin berkahwin samada dh ada calon atau tiada.. Ini salah satu perkongsian drpd seorg blogger tentang realiti alam perkahwinan.. 


"Menyesal aku kahwin awal," luahan insan yang berkahwin awal.

"Lebih seronok rupanya hidup bujang sendiri," luahan insan yang telah puluhan ribu dihabiskan untuk majlis perkahwinan.

"Jadi andartu pun takpe, hati tak sakit," luahan insan yang berkahwin di usia lewat.

"Kalau aku tau, aku takkan pilih suami orang," luahan isteri kedua, ketiga.

"Sepatutnya aku kahwin dengan orang yang lebih matang," luahan mereka yang kahwin dengan pasangan sebaya atau lebih muda.

"Sepatutnya aku kahwin dengan yang sebaya, yang lebih memahami," luahan yang punya pasangan jauh berbeza jarak usia.

"Betul cakap mak aku dulu, inilah akibat tak dapat restu mak ayah," luahan insan yang perkahwinan ditentang ibu bapa.

"Aku terburu-buru buat keputusan nak kahwin," padahal telah bercinta empat tahun.

Pada yang berhasrat atau telah bernikah, ini adalah peringatan penting:

Ujian, konflik, goncangan, dugaan, pergaduhan, berkelahi, merajuk, tersinggung, terguris, marah, sedih, kecewa, sakit hati, bosan, menyampah, serabut, darah menyirap...

Rasa nak hantuk kepala ke dinding, rasa nak kelar tangan sendiri, rasa nak baling pinggan ke dinding, rasa nak bunuh diri...

Salah satu atau semua ini adalah hampir pasti kalian akan lalui dalam pernikahan yang kalian dambakan..!

Tak kisah lah dengan siapa atau macam mana situasi nya - konflik, konflik dan konflik. Gaduh, gaduh dan gaduh - di dalam alam perkahwinan. Bezanya - konflik banyak atau konflik sedikit. Bergaduh sekejap atau bergaduh lama.

Kahwin awal. Kahwin Lewat. Mak ayah restu. Peminat restu. Mak ayah tak restu. Mertua tak restu. Majlis kahwin 'grand'. Majlis kahwin 'simple'. Kahwin suami orang. Kahwin orang bujang. Kahwin orang dekat. Kahwin orang jauh.

Kahwin dengan artis. Kahwin dengan ustaz ustazah. Kahwin dengan kaki bola. Kahwin dengan kaki masjid. Kahwin dengan jutawan. Kahwin dengan drebar teksi. Kahwin tukang cuci. Kahwin dengan usahawan kelapa bali.

Kahwin di Malaysia. Kahwin kat oversea. Kahwin di sempadan. Nikah di masjid. Nikah di rumah. Nikah di bawah pokok. Kahwin sebaya. Kahwin lebih muda. Kahwin lebih berusia. Kenal lama. Kenal sekejap. Bercinta lama. Bercinta sekejap. Mak ayah pilihkan. Sendiri pilih......

#Semuanya adalah pasti akan berkonflik!

Dulu waktu bersemangat nikah, hanya fikir nak selesaikan masalah rindu sayang. Masalah tidak mahu terlibat zina besar dan zina kecil. Masalah kesepian dan kebosanan. Tak tahan pertanyaan dan sindiran orang sekeliling. Peminat dah bising..

Tak bersedia untuk menghadapi siri-siri konflik dengan suami.

Tak bersedia menyesuaikan diri dengan kehidupan bersama mertua ipar duai.

Tidak belajar proaktif membangun ekonomi rumahtangga.

Tidak belajar mengurus rumahtangga dan anak-anak.

Tak belajar betapa besarnya hak-hak pasangan.

Tak belajar habit-habit yang sihat dan penting dalam sebuah perkahwinan.

Tak sangka hubungan intim akan bermasalah.

Tak belajar psikologi dan perbezaan cara hidup dan cara fikir pasangan.

Tak menyiapkan bekal taqwa yang menjadi asas kebahagian hakiki hidup berpasangan.

Lalu... apakah kesannya pada cinta dan harapan yang ada tika 'aku terima nikahnya'?

Ya, bernikah adalah tempat menyalurkan keinginan nafsu dan perasaan yang fitrah. Boleh menjadi salah satu solusi mengelakkan perzinaan. Pernikahan boleh menjadi sumber hiburan dan ketenangan. Kehadiran teman hidup mampu meleraikan kesunyian dan kesepian.

Namun harus kita perhatikan juga perkara-perkara penting untuk keberlangsungan sebuah rumahtangga.Fahami dan bersungguh mempraktikkannya bila rumahtangga telah dibina.

Jika tidak matang dan tidak menyedari pentingnya ilmu tentang alam perkahwinan, perkahwinan kita mudah usai setelah beberapa siri hubungan seks.

Jua tanpa iman dan ketaqwaan, mudah saja perkahwinan terbubar kerana merasakan pernikahan sebenarnya tak memberi kegembiraan, namun menyerabutkan dan menyakitkan perasaan.

Pada yang sedang bersemangat untuk bernikah, mungkin apa yang dikongsikan di sini telah kalian faham dan berusaha hadam.. tapi percayalah jika kalian bernikah, setelah musim honeymoon berlalu - baru benar-benar tahu tinggi rendahnya teori dan realiti.

Malah jika tak bersedia ilmu, kematangan, kewangan, keindahan musim honeymoon yang diharapkan pun tak akan berlaku.

Pada yang merasa hampir putus asa untuk menikah, baguslah jika kalian terus tabah.

Hadapilah dengan bijak dan berlapis kesabaran dalam mendapatkan sokongan ibu ayah. Belajar menenangkan diri dan bersungguh mencari strategi dalam cabaran kewangan yang tak cukup untuk buat majlis kahwin, tak cukup duit untuk meyakinkan keluarga si perempuan.

Pada yang mudah menyerah kalah, dengan ranjau berliku proses untuk bernikah dan marah-marah tak dipermudahkan ibu ayah untuk bernikah... ayuh kita muhasabah.

Mungkin ada bagusnya kita tak dapat bernikah lagi, kerana selesai satu masalah hati, ada sembilan lagi cabaran alam pernikahan.. mampukah kita hadapi jika ujian sebelum nikah kita sebegitu lemah dan tak tentu arah?

Pada yang telah bernikah, teruslah mengenali dan mendekatkan diri pada ALLAH. Ini kunci pertama menyejukkan keadaan, membahagiakan perasaan.

Kedua, akhlak baik - lapang dada, memaafkan, memberi maaf, senyum, menahan kemarahan, menggembirakan, dan seribu satu lagi karakter mulia perlu dijadikan perhiasan diri. 


Seterusnya, tambahkan ilmu dan iman - moga mampu beramal untuk kebaikan, samaada di dalam atau di luar rumahtangga.

Sesungguh, cinta benci dalam alam pernikahan, jua duka lara, suka gembira... adalah rempah ratus kehidupan. Sama-samalah kita mengingatkan diri - bahawa akhirnya kita akan kembali kepada tuhan...

"الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ"
"(Allah) Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun"
(Surah Al-Mulk ayat 2)

Penulis : Nurul Adni Adnan. Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kini menetap di Meru, Klang. Beliau berkongsi karya di http://sisi-kehidupan.blogspot.com/
 

Saturday, 7 July 2012

WANITA BEKERJAYA; CABARAN MEMBINA GENERASI HARAPAN

Bismillah.. terasa ingin berkongsi dgn semua... terutama dgn diri sendiri...


Dr Norhayati berkongsi yang mana tekadnya yang sentiasa membawa anak kecil beliau semasa mengendali usrah menghadiahkan kejutan semasa anaknya itu berusia enam tahun. Tanpa di sangka, anak seusia itu semasa melihat bulan tiba-tiba berkata; Umi, bulan lebih baik dari Ummay sebab bulan mengikut peredaran yang ditetapkan Allah (itu adalah hadiah berikutan kegemarannya berkongsi ilmu tauhid melalui makhluk-makhluk ciptaan Allah kepada anak-anak usrahnya)

MashaAllah, hebatnya anak itu dan lagi hebat ibunya. Allahuakbar

Ini hanyalah picisan perkongsian dari beliau mengenai topik wacana WANITA BEKERJAYA; CABARAN MEMBINA GENERASI HARAPAN anjuran WANITA ISMA. Terdapat puluhan tips bermakna yang lain yang masih menanti untuk didengari.
Ayuh! selamat menonton. Sangat bermanfaat, insyaAllah



http://www.ustream.tv/recorded/23759415

Wednesday, 6 June 2012

himpunan doa mahasiswa/wi

p/s:
1. esok exam cardiothoracic.. doakan... next week masuk vascular surgery dah..
2. 36 days left for final exam.. Allahu musta3an..
3. hari ni 6/6/2012, lahir lagi seorang mujahid yang berat 3kg.. mabrouk ukhti pip dan zauj.. (gembira sebab bertambah lg baby alex.. Alhamdulillah, Allah mudahkn urusan2 mereka.. )

Saturday, 2 June 2012

10 muwasofat tarbiyah



.....Berikut merupakan 10 Muwasofat Tarbiyah (Sifat-sifat yang lahir daripada Tarbiyah Islam)..
Sudahkah kita memiliki peribadi sedemikian?

~AQIDAH yang sejahtera.


إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُوْلَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar." [49:15] 


~IBADAH yang benar.


وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً 


"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawaban." [17:36]



~AKHLAQ yang mantap.



لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيراً

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang-orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." [33:21]


~Luas PENGETAHUAN.

Sabda Rasulullah SAW; “Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu pengetahuan, Allah permudahkan baginya jalan menuju Syurga.” [Jami’ Al-Tirmizi]



~Sangat menjaga MASA.


وَالْعَصْرِ إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan  menasihati dengan kesabaran." [103:1-3]


~Mampu BERDIKARI.

 Sabda Rasulullah SAW; “Orang yang bijaksana ialah orang yang sentiasa menghisab dirinya dan bekerja untuk kehidupan selepas matinya.” [Jami’ Al-Tirmizi]


~MELAWAN Nafsu.


أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَى عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَى سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَى بَصَرِهِ غِشَاوَةً فَمَن يَهْدِيهِ مِن بَعْدِ اللَّهِ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ

"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?" [45:23]


~TERSUSUN dalam urusan.
Sabda Rasulullah SAW; “Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang kamu melakukan sesuatu pekerjaan, dia lakukan dengan cermat dan sempurna.” [Al-Tabraniy]


~SIHAT tubuh badan.

Sabda Rasulullah SAW; "Mukmin yang kuat lebih dicintai Allah berbanding mukmin yang lemah,dan masing-masing memiliki kebaikan"
(Riwayat Muslim)


~BERMANFAAT pada orang lain.

Sabda Rasulullah SAW; “Orang yang paling disukai oleh Allah ialah mereka
yang banyak memberi manfaat kepada orang lain.”
[Al-Tabraniy]


nota kaki: Allah, permudahkanlah... thabbit qulubi 'ala deenik wa 'ala to3atik..

nota kaki 2: better late than never.. it's not how good you are but it is how good u want to be.. 

Tuesday, 29 May 2012

I wish that everyone could see


I LOVE YOU SO

I pray to God
With my heart, soul and body
Every single day of my life
With every breath I solemnly promise
To try to live my life for you
O Allah, you did revive my soul
And shone Your light into my heart
So pleasing you is now my only goal
Oh I love you so
I love you so

Chorus:
Now I know how it’s like
To have Your precious love in my life
Now I know how it feels
To finally be at peace inside
I wish that everyone could see
How Your love has set me free
Set me free and made me strong

O Allah, I’m forever grateful to You
Whatever I say could never be enough
You gave me strength to overcome my uncertainties
And stand firm against all the odds
You are the One who did revive my soul
You shone Your light into my heart
So pleasing you is now my only goal
Oh I love you so
I love you so

CHORUS
My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers – all for you [X2]
And I swear that I will never put anyone
Or anything before You
My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers – all for you

CHORUS

p/s: Allah, don't let me go away from you, don't let me choose this dunya over hereafter which is infinity... 


Monday, 26 March 2012

sejuk mata memandang..


Bismillah... Assalamualaikum wbt..

sejuk hati tatkala melihat gambar ini dlm fb yang dipost oleh iluvislam.. masyaAllah.. sangat hebat didikan ibubapa kepada kanak2 ini.. terfikir sejenak.. semestinya untuk menghasilkan anak2 yg begini memerlukan ibu bapa yang hebat.. diri sendiri tertanya, mampukah nanti pabila mendirikan rumahtangga, mampukah untuk mendidik anak2 menjadi khalifah Allah yang betul2 tahu tujuan hidup, yang kenal siapa itu Allah, yg dapat berbakti untuk agama Allah ini..

walaupun masih jauh lagi perjalanan ke arah itu, namun boleh bermula dari sekarang.. bermula dengan menjadikan diri sendiri mengenal siapa itu pencipta, tujuan dihidupkan di muka bumi ini..

p/s: sy tidak pandai berkata2.. semoga Allah berikan kekuatan dan kemahiran dalam berkata-kata dalam perkara yg Allah redhai..

Sunday, 15 January 2012

rindukan ketenangan itu...

بسم الله الرحمن الرحيم
dengan nama Allah, memulakan kalam.. semoga kalam ini dirahmati dan diberkati Allah...

teringat lagi, tatkala kaki mula menuju ke rumah itu, hati ini berdegup kencang, berdebar, takut akan penerimaan pemiliknya dalam menerima diri yang sangat hina ini, yang tak terkira banyaknya dosa yang telah dibuat.. diri ini tidak putus2 berdoa..

tatkala pertama kali melihat rumah itu, Allah.. mata terasa kabur.. air mata tanpa segan silu terus mengalir.. rasa sgt bersyukur kerana Dia menerima diri ini.. diri yg xsempurna imannya.. sungguh, diri ini rindu.. rindu akan perasaan itu.. rindu akan situasi itu.. rindu untuk ke situ lg..

teringat lg.. tatkala tawaf, kesyukuran tak terhingga diucapkan... kerana Allah sudi menjadikn diri ini sbg tetamuNya.. Allah.. tatkala itu juga, teringat akan perjuangan Rasulullah saw dan para sahabat demi menegakkan agama yg tercinta.. kaki ini dapat berpijak di tempat yg sama Rasulullah dan para sahabat berpijak dahulu.. perasaan itu, sukar untuk diungkapkan.. terasa Allah dan Rasulullah itu dekat sgt dgn diri ini.. Allah..

teringat lagi, tatkala diri ini bersujud di depan KaabahMu, menghamburkan semua rasa hati, hati ini tenang.. tenang.. ketenangan yg xpernah diri ini dapat.. hanya dengan melihat rumahMu Allah, hati ini terasa bahagia.. menjadi tetamu walaupun untuk sekejap shj..

teringat lagi tatkala membuat tawaf yg terakhir sblm meninggalkan tanah Mekah, diri ini dilanda kesayuan dan kesedihan yang teramat.. air mata mengalir tanpa henti.. berdoa supaya itu bukanlah tawaf yg terakhir sblm menutup mata..

Allah.. diri ini rindu..